Saturday, March 28, 2009

CHECK IT OUT..

Hiasi interface wajah dengan menundukkan pandangan,
Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan,
Defrage ketulan hati dengan asuhan Al-Quran dan zikrullah,
Scandisk amalan dengan uswatun hasanah,
Clean up partition dosa-dosa lama dengan taqarrub padaNya..
Scan virus hasutan iblis laknatullah dengan benteng iman dan keyakinan padaNya,
Refreshla kecintaan hakiki padaNya dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA,
Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman.
Restart lah kehidupan sementara yang seakan-akan temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda clear history lama dalam recycle bin dunia.. ayuh.. restartla atau ctrl + alt + delete segala kegelapan jalan yang dilalui.. gantikan dengan sinar baru dengan restart dan letakkan password admin IMAN sebagai benteng menghalang syaitan,iblis dan nafsu yang bertopengkan kelembutan seorang user..
SEGERALAH..sebelum hayat hidup kitadi SHUTDOWN oleh Allah TANPA AMARAN.....c",?
Salam Maghrifah.. wa Taqarrub..… ^-^
my lovely siblings... Marini, Azlan & Muhammad Asri...

Saturday, March 14, 2009

Believe that ALLAH love us!





Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya. Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”(Riwayat Tirmizi)Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran. Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.” Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”(Hadis Riwayat Bukhari)Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang. PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…


copypaste from ~ hanan.com.my~

Tuesday, March 10, 2009

with my lovely mom


IBU ENGKAULAH RATU HATIKU....LUV U SO MUCH MY MOM!!

Sunday, March 8, 2009

My BLOOD?

>Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan >personaliti sebenar diri sendiri?>>Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas >jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu >memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin >berkongsi rahsia mengenainya?

>>>DARAH O

>>Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai >individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan >kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering >bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin >dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.>>Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat >tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan >memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius >dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu >sendiri.>>Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak >dikuasai dengan tekanan.

>>>DARAH A>>

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar >melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan >diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling >mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan >mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu >melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki >keperibadian penyayang.>>Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja >sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus >ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan >kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

>>>DARAH B>>

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa >dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang >terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.>>Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar >melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif >dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa >jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.>>Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu >yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu >mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan >pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh >menyelesaikannya secara bersendirian.

>>>DARAH AB>>

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar >dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. >Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang >berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.>>Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap >menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki >dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat >keputusan sendiri.>Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

>>>Benarkah ini semua....?>Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui...>

Wednesday, March 4, 2009

Program DPPI

time buka pose DPPI 2 kt Pengkalan Balak...


GAMBAR NINIE TIME KECIK2...... COMEL TAK ?? HEHE

Sunday, March 1, 2009

aMpunilah HambaMU ini...

Kadang-kadang hidup nie banyak sgt dugaan yang ALLAH bagi. Ya Allah sabarkanlah hatiku dan tabahkanlah hatiku dengan dugaan yang melanda.. Kutahu betapa DIKAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. Kutahu setiap ujian dan dugaan yang terjadi pasti mempunyai hikmah disebaliknya.Ya ALLAH, aku berlindung dgn DIKAU dari segala dukacita,dan keluh kesah. Ampunilah segala kesilapan dan kealpaan diriku selama ini Wahai TUHAN SEKALIAN ALAM.. Kutahu DIKAU telah memberi peringatan yang amat barharga buat diriku....HAKIKATNYA BAHAGIA ITU ADALAH KETENANGAN BILA HATI MENGINGATI TUHAN......

My Family...

MY LOVELY FAMILY....... Abah, Mak, Adik Asri, Angah Alan...

my besday...is around da corner.. hehe

What Do You Want in Ur Life??

Cute Butterfly..hehe

Cute Butterfly..hehe

Renungan buat semua!

Renungan buat semua!
40X40

Wanita....

Wanita....
40X40

Berimanlah dengan LURUS....

Berimanlah dengan LURUS....
40x40