Tuesday, August 11, 2009

Saturday, March 28, 2009

CHECK IT OUT..

Hiasi interface wajah dengan menundukkan pandangan,
Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan,
Defrage ketulan hati dengan asuhan Al-Quran dan zikrullah,
Scandisk amalan dengan uswatun hasanah,
Clean up partition dosa-dosa lama dengan taqarrub padaNya..
Scan virus hasutan iblis laknatullah dengan benteng iman dan keyakinan padaNya,
Refreshla kecintaan hakiki padaNya dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA,
Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman.
Restart lah kehidupan sementara yang seakan-akan temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda clear history lama dalam recycle bin dunia.. ayuh.. restartla atau ctrl + alt + delete segala kegelapan jalan yang dilalui.. gantikan dengan sinar baru dengan restart dan letakkan password admin IMAN sebagai benteng menghalang syaitan,iblis dan nafsu yang bertopengkan kelembutan seorang user..
SEGERALAH..sebelum hayat hidup kitadi SHUTDOWN oleh Allah TANPA AMARAN.....c",?
Salam Maghrifah.. wa Taqarrub..… ^-^
my lovely siblings... Marini, Azlan & Muhammad Asri...

Saturday, March 14, 2009

Believe that ALLAH love us!





Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya. Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”(Riwayat Tirmizi)Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran. Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.” Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”(Hadis Riwayat Bukhari)Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang. PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…


copypaste from ~ hanan.com.my~

Tuesday, March 10, 2009

with my lovely mom


IBU ENGKAULAH RATU HATIKU....LUV U SO MUCH MY MOM!!

Sunday, March 8, 2009

My BLOOD?

>Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan >personaliti sebenar diri sendiri?>>Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas >jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu >memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin >berkongsi rahsia mengenainya?

>>>DARAH O

>>Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai >individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan >kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering >bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin >dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.>>Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat >tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan >memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius >dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu >sendiri.>>Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak >dikuasai dengan tekanan.

>>>DARAH A>>

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar >melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan >diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling >mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan >mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu >melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki >keperibadian penyayang.>>Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja >sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus >ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan >kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

>>>DARAH B>>

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa >dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang >terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.>>Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar >melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif >dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa >jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.>>Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu >yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu >mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan >pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh >menyelesaikannya secara bersendirian.

>>>DARAH AB>>

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar >dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. >Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang >berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.>>Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap >menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki >dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat >keputusan sendiri.>Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

>>>Benarkah ini semua....?>Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui...>

Wednesday, March 4, 2009

Program DPPI

time buka pose DPPI 2 kt Pengkalan Balak...


GAMBAR NINIE TIME KECIK2...... COMEL TAK ?? HEHE

Sunday, March 1, 2009

aMpunilah HambaMU ini...

Kadang-kadang hidup nie banyak sgt dugaan yang ALLAH bagi. Ya Allah sabarkanlah hatiku dan tabahkanlah hatiku dengan dugaan yang melanda.. Kutahu betapa DIKAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. Kutahu setiap ujian dan dugaan yang terjadi pasti mempunyai hikmah disebaliknya.Ya ALLAH, aku berlindung dgn DIKAU dari segala dukacita,dan keluh kesah. Ampunilah segala kesilapan dan kealpaan diriku selama ini Wahai TUHAN SEKALIAN ALAM.. Kutahu DIKAU telah memberi peringatan yang amat barharga buat diriku....HAKIKATNYA BAHAGIA ITU ADALAH KETENANGAN BILA HATI MENGINGATI TUHAN......

My Family...

MY LOVELY FAMILY....... Abah, Mak, Adik Asri, Angah Alan...

Thursday, February 12, 2009

MotiVate Ourself

Petikan kata-kata motivasi daripada buku motivasi-nak Ke Tak Nak tulisan DR.HM TUAH ISKANDAR al-hajmengetahui keistimewaan diri ibarat berada di puncak sebuah bukit,harganya tidak ternilaigenggam bara api biar sampai jadi intan jutawankia perlu ceria kerana hanya orang yang ceria dan bahagia sahajalah yang boleh cemerlang.when you say you love yourself,be certain to give one hour of the day to yourself.when you say you love people,be certain to give ten hours of the day to people."Bila anda kata anda sayang diri sendiri,pastikan anda berikan 1 jam setiap hri kepada diri anda sendiri.Bila anda kata anda cinta pada manusia,berikan 10 jam masa anda kepada orang lain."kejayaan berada di pihak anda apabila anda benar-benar berbuat keputusan.jadilah orang hebat,tapi orang hebat yang sebenar bukanlah mereka yang tak berani hendak mengatakan dirinya hebat.cantik seorang manusia bergantung pada bisikan-biskan yang berada di dalam.Dan khusus untuk ibu bapa,belakang parang diasah lagikan tajam.Dan untuk pelajar,choose the right book as you choose a right friend.motivasi terunggul manusia adalah Allah,kalau bukan Allah tiadalah lagi.orang berilmu,dia selalu menag dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri; caci disambut dengan senyuman,penghinaan ditangkis dengan lemah lembut,kemarahan dibalas dengan diam dan kejahatan dibalas dengan kebaikan.sebenarnya tiada manusia yang hodoh kecuali mereka yang mengabaikan cara berfikir,cara merasa dan memang merasakan dia hodohDalam menjalani kehidupan,kita perlu banyak bertenang kerana hanya bertenang boleh membuahkan pemikiran-pemikiran yang terbaik.Percayalah,tatkala kita bergopoh-gapah,sebenarnya separuh daripada keintelektualan kita telah hilang.Orang yang bergopoh-gapah mudah silap dalam membuat pilihan,mahupun keputusan.Kan ada hadis yang mengatakan,'Bertenang-tenang itu daripada malikat dan bergopoh-gapah itu daripada syaitan.' saya teringat satu hadis yang pernah saya baca lebih kurang maksudnya,berfikir sesaat tentang ciptaan-ciptaan Allah itu lebih baik daripada sembahyang sunat 72 rakaat.untuk bercakap tanpa berfikir,tidak ubah seperti menembak tanpa membedek.sesetengah perkara sesuai benar dengan semua orang,tak serasi dengan kita,sesetengah perkara sesuai benar dengan kita dan juga orang lain.Yang penting tidak salah mencuba untuk mengetahui.bahaya yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal.elakkan dari makan nasi lemak pada awal pagi untuk mengelakkan mengantuk.letakkan hasrat,kehendak,sasaran,kemahuan,azam,target dan cita-cita dalm hati dan bulatkan kesemuanya.insan berfikiran tinggi gemar berkata tentang ilmu,insan berfikiran sederhana gemar berkata tentang peistiwa,insan berfikiran rendah gemar berkata tentang insan lain.anda yang mana satu?A winner visualise mentally the act of winning long before it ever happen.seorang jaguh sudah menvisualkan langkah-langkah kejayaannya sebelum ia benar-benar terjadi.orang yang ada masa untuk berasa risau adalah orang yang tiada masa untuk berjaya.semua orang cerdik hinggalah dia sendiri menafikannya.bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuanbertambah luas akal,bertambah luaslah hidup,bertambah datanglah bahagia.bertambah sempit akal,bertambah sempit pula hidup,bertambah datanglah celaka.adakah sama mereka yang berilmu dengan yang tidak berilmubukan semua orang bodoh itu bodoh,sebenarnya dia bodoh kerana dia membenarkan dirinya untuk menjadi bodoh.apabila engkau fakir maka ilmu itulah hartamu tetapi jika engkau kaya maka ilmu itulah perhiasanmu.perubahan yang pling baik ialah perubahan dari dalam sebab itu kekal,perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu lakonan.hati seorang yang bodoh terletak di mulutnya tetapi mulut seorang yang bijak terletak di hatinya.pelaburan yang paling menguntungkan ialah sebentuk senyuman dan perniagaan yang paling merugikan ialah secebis kejian yang anda cetuskan tiada kekayaan yang melebihi kesihatan badan dan tiada kegembiraan melebihi kesenangan hati.minda positif,tubuh sihat dan Allah sentiasa dibawa bersamaapapun bentuk kehidupan yang anda hadapi,berikan diri anda yang terbaik setiap hari.hidup hari ini dengan mempelajari kelmarin dan sasaran untuk esok adalah perancangan hari ini.hampir semua kerja menjadi ringan bila hati bahagia dan ceria.seorang yang negatif melihat masalah dalam semua peluang tetapi orang yang positif melihat peluang dalam semua masalah.my love commitmentto myself,my family and my fellowmen becomes a total commitment that gives me the courage and strength to face the challenges of lifeuntuk bertindak bijak,kita kena berfikir secara bijak,tapi untuk mencapai awan tidak cukup dengan layang-layang.

Muhammad Asri

My Younger Brother, Miss U so Much......

Tuesday, February 10, 2009

my besday...is around da corner.. hehe

ALLAH BERSAMAMU....

What Do You Want in Ur Life??

Cute Butterfly..hehe

Cute Butterfly..hehe

Renungan buat semua!

Renungan buat semua!
40X40

Wanita....

Wanita....
40X40

Berimanlah dengan LURUS....

Berimanlah dengan LURUS....
40x40