>Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan >personaliti sebenar diri sendiri?>>Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas >jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu >memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin >berkongsi rahsia mengenainya?
>>>DARAH O
>>Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai >individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan >kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering >bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin >dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.>>Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat >tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan >memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius >dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu >sendiri.>>Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak >dikuasai dengan tekanan.
>>>DARAH A>>
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar >melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan >diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling >mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan >mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu >melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki >keperibadian penyayang.>>Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja >sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus >ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan >kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
>>>DARAH B>>
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa >dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang >terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.>>Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar >melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif >dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa >jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.>>Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu >yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu >mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan >pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh >menyelesaikannya secara bersendirian.
>>>DARAH AB>>
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar >dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. >Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang >berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.>>Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap >menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki >dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat >keputusan sendiri.>Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
>>>Benarkah ini semua....?>Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui...>
Sunday, March 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment